
Dr. NeoRantisi menghantar email kepada saya tentang ‘kita bertanya, Al-Quran menjawab’ subhanallah, nyatalah sungguh indah segala penawar dari farmasi Ilahi…saya gembira dengan emailnya kali ini yang berkisar tentang ujian drpd Allah S.W.T. Seringkali manusia itu diuji, kadang-kadang mereka redha, kadang-kadang mereka kecewa dan tak dapat menerimanya…pedihnya sesuatu ujian, hanya yang mengalaminya yang lebih memahaminya.
Maka namanya manusia, mereka takkan pernah sunyi dari diuji tuhan.Beruntunglah sesiapa yang mencari-cari tuhannya, ketika diri terasa sarat diuji. Ujian Allah itu secara umumnya terdapat dlm dua bentuk. Yang pertama dalam bentuk kesusahah, kesedihan, kesakitan dan kekecewaan. Manakala bentuk kedua pula ialah seperti kesenangan, kegembiraan, kekayaan, dan kelapangan. Sebenarnya ujian dalam bentuk kedua inilah yg lebih sukar kerana manusia amat susah untuk sedar bila diuji dgn kesenangan dan kegembiraan, berbanding kesusahan. Keinsafan sering datang mengetuk pintu hati ketika manusia dilanda kesukaran, tetapi lebih payah untuk merasa bersyukur bila mendapat kesenangan dan keseronokan.
Biasanya bila kita duji, kita akan banyak tertanya-tanya sendiri …tidak bolehkah segalanya berlaku mengikut kehendak hati ?? mengapa seharusnya begitu, tidak pula begini ?? Namun sebenarnya, setiap persoalan yang timbul dlm fikiran kita itu, dah pun Allah tahu sejak azali lagi, dan Dia yang Maha Mengetahui dan lagi Maha Mengasihani telah merakamkan jawapan bagi soalan-soalan itu di dalam Al-Quranulkareem. Berikut antara persoalan yang sering bermain dalam fikiran kita dan Allah menjawab di dalam Al-Qurannya .
No comments:
Post a Comment